Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Program ini menawarkan beberapa modul pembelajaran kemahiran komputer dan rangkaian bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan di industri. Modul wajib berbentuk kemahiran insaniah juga dilaksanakan untuk membentuk sasiah pelajar dengan lebih cemerlang. Modul pembelajaran ini dilaksanakan secara teori dan amali. Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masaPelajar akan menjalani Latihan Industri Semester 4 -memberi pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.

MODUL SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

Semester 1  4 Bulan
Semester 2  4 Bulan
Semester 3  4 Bulan
Semester 4 Latihan Industri 4 Bulan


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;

Tempoh Pengajian:

  • 16 bulan

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian minimum 16 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.

 

Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.